Sijil kemahiran bukan sahaja berfungsi sebagai penanda aras terhadap piawai kemahiran seseorang, malah turut meningkatkan keyakinan para majikan ataupun penerima perkhidmatan.
Rata-rata graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam pelbagai bidang kini lebih yakin berdepan dengan pelanggan.